♥ Cupcakes + Happyness = Cuppyness! ♥ A feast of home-baked delectables, only by me! ♥

Saturday 6 November 2010

Extremely Excited ! Part II

Mixer baru.
Alhamdulilllah. Terima kasih encik suami. Suka buat surprise kat saya. Saya ada report kat dia, mixer mama yang mama beli pada tahun 1978 sebaik sahaja mama sampai di Malaysia, selepas menetap beberapa tahun kat Egypt, jenama Moulinex tu, dah patah beater nya.

Nak cari ganti, rasanya dah tak jual lagi dah yang sama. Tahun '78 punya version, ada lagi ke sampai sekarang ye? Tapi memang sangat  kagumlah dengan Moulinex. Patutlah harganya sekarang pun mahal jugak. Tahan lama tu!

Ingat nak beli hand mixer yang simple je. Rupanya en.suami terus belikan mixer with stand tu. Alhamdulillah. Sangat memahami. Terima kasih sayang.  Okeylah. Sangat teruja dan makin menjadi semangat saya buat cupcake nih.

Oh hari tu keluar dari kedai Bake With Yen, en.suami tunjuk iklan kelas untuk cupcake & decoration.  Wow. Best tuh. Tapi masa mungkin tak mengizinkan.  Happy caking!

0 ♥ comment(s):